05
Feb
09

Macam Iklan….

Mesti kalian masih tingat iklan raya petronas…..Yang dalam hujan lebat,orang tua berjalan berpayung….kononnya kereta itu berhenti dan menunggu pakcik yang kebasahan itu….Tapi kerana sudah lewat dan sudah hampir waktu berbuka puasa, kereta itu terus berjalan dan meninggalkan pacik tu yang sudah berlari kearah baliau….

hmmmm…..itu versi iklan….

mari dengar versi original…

sewaktu pulang dari kerja tadi…..hujan begitu lebat….aku menggunakan lane kiri kerana penglihatan yang terhad ketika itu…..

Penunggang motosikal berhenti di bawah jambatan-jambatan…Bersyukur aku tidak kebasahan ketika itu…Fikiranku teros mengenangkan inikah nasib ayah ketika hujan?(ayah g keje nek moto je)….inikah nasib sahabat2 yang menunggang motosikal??…Aku tidak berpengalaman seperti mereka….Mungkin inilah sebab kenapa ayah tak kasi aku bawak moto…

Di lebuhraya DUKE…. WKY bergerak 60km/j….mengekori beberapa meter di belakang sebuah teksi.. Tiba2, teksi menekan brek mengejut…Memandangkan aku jauh dari teksi tersebut… Sempat aku menukar gear rendah.. Ada seorang lelaki di dalam hujan itu menahan teksitersebut… teksi seakan sudah mahu berhenti… rapat kekiri…lelaki yang kebasahan itu berlari kearah teksi dan tiba-tiba teksi itu terus jalan…. Sebijik la macam dalam iklan tu…

waaaaaa…….adakah aku harus berhenti? tapi dia lelaki…. tidak….

Hati aku berborak sesama mereka (erk,macam banyak hati pulak,heeee)…..Aku berfikir…….

Kemudian, sampai di flyover…aku masuk ke kiri begitu juga teksi itu….

Tapi…..Teksi itu tidak terus masuk ke simpang, tapi membuat U-turn…..

Aku berharap dia pusing semula untuk mengambil lelaki itu…..

Honestly- aku rasa bersalah….

Apa pula pemandu teksi itu rasakan?????


0 Responses to “Macam Iklan….”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: