22
Feb
09

TERIMA KASIH ALLAH……


1 Response to “”


  1. February 26, 2009 at 3:51 am

    Assalamualaikum kak pijan….
    Maaf laa x bls msg awal berkenaan masalah akidah yang akak tanya tuuu…
    Ok…
    Mengenai Org yang terlalu Ta’sub dengan Perkara Ghaib tuu..
    Pada Asalnya memmang wajib keatas setiap Muslim untuk percaya dan beriman dengan perkara ghaib tanpa sebarang keraguan. termasuklah jin. dalam surah al-Ahqaf ayat 29: “Dan ingatlah semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu Wahai Muhammad”…
    banyak lagi ayat2 n hadith2 yg menceritakn tentang Jin ni…
    Tetapi, jgn lah kita terlalu taksub dengan perkara ghaib, sedangkan banyak lagi perkara realiti kita blum selesaikan lagi, jika sakit sekali pun, adakah kita nampak dengan mata kasar kita jin tu ada betul duduk kat situ, banyak sebab musabbab lain yang boleh dijadikan sebab kenapa benda tu sakit. Orang yang duk pikir pasal alam ghaib ni sebenarnya mereka keliru, umpama jin tu hebat sangat sedangkan mausialah yang paling hebat Allah ciptakan dimuka bumi ni kan…apa Allah kata
    إن خلقن الإنسان في أحسن تقويم
    “Sesungguhnya kita ni (manusia) dijadikan dengn sebaik2 kejadian)..

    ok… berkenaan yang guna zikir tuu…bguslah dan itulah yang paling bagus… tetapi zikir yang macam mana… sebaik2 zikir, biarlah zikir yang ma’sur (dari Quran dan Hadith):
    Antara pendinding diri yang baik untuk diamalakan antaranya :
    – surah Fatihah
    -Ayat Kursi
    -2 ayat teakhir surah baqarah
    -3 Qul
    -zikir2 yang baik ( لا إله إلا الله، سبحان الله) dan lain2…
    -zikir2 yang biasa dengar pun boleh…untuk halau benda kacau pun ada bacaannya…panjang sangat ni..klau nak hafal nnt saya bagi laa..

    Kemudian akak tanya pasal tangkal yang dibuat dr ayat Quran dan Zikir2 kan..
    benda ni khilaf, ada ulama’ kata boleh dan ada ulama yang syadid kata x boleh…
    n bagi saya x boleh,,,antara sebab2 nya
    – mmg pada awlnya tangkal tersebut dari Quran, tetapi lama kelamaan bila benda tu sentiasa bersama dengan kita dari pada setiap masa, akan timbul rasa yakin dan percaya pada tangkal tersebut, ini akan menjadikan kita percaya selain dari Allah, so jd syirik laa.
    – apabila tangkal tu dibuat dr Quran, automatiknya benda tu jd benda yang suci, tapi bila sentiasa kita bawak, kita tak sedar bila kita terbawa masuk dalam tandas ke, tempat maksiat ke, mana2 la yang tak sepatutnya kita bawa.
    – kadang2 proses buat tangkal ni kita tak tau, ada yang dibuat dengan kain hitam yang ditulis ayat Quran berserta jarum, benang, ada dr kain kuning n macam2 lagi… sampai kadang kita yang jahil ni tertipu n percaya 100% benda tu dr Quran…dibuatnya dia tulis ayat songsang, x kita ni yng jd jin..hahahaha
    – dan pendinding terbaik biarlah lahir dr diri kita sendiri, jgn tinggal solat, zikir, buat baik…cukup laa…kalau orng mintak tolong pun, kita tolong dia dr segi doa n zikir,
    – kadang2 kita tolong orng wat air jampi untuk org sakit ke ada masalah ke, bukan betul sanagt pun, kita duk doa mintak org bai, tapi org tu x nak pun solat, zikir…mcmmana nak baik.. jd diri sendiri tu penting laa yee

    Haa…rasanya ok kot…ni pun tulis sebab tak leh nak tido laa…ok la kak, anything x jelas tanya je la k… yang benar dr Allah, yang lemah dr saya ni laa…adios…Wassalam


Leave a comment