15
Mar
09

Segalanya indah kerana Allah….

sahabat puteri : puteri dah ok?

Puteri : Alhamdulillah (sambil tersenyum)

 Sahabat puteri : Benar?

Puteri : Benar (tersenyum dan memandang dalam ke mata sahabatnya)

 Sahabat Puteri :Puteri tak seperti orang yang bersedih. Saya tak faham macamana puteri boleh cepat sembuhkan dan pujukkan hati Puteri. (masih ragu2 dengan hati sahabatnya)

Puteri : Benar, sungguh Puteri dah ok, jangan risau. Kamu tak suka lihat keadaan Puteri sekarang?

Sahabat Puteri : Bukan itu maksud saya… Saya sangat gembira kalau Puteri benar2 bahagia sekarang. Tapi…… saya takut Puteri simpan dan pendam kesakitan dalam hati Puteri seorang diri…

Puteri : Tidak…. (lembut membalas reaksi sahabat nya)… Puteri ok….InsyaAllah… Puteri tak simpan seorang diri….segalanya di kongsi dengan Yang Maha Esa…Dia Satu-Satunya tempat kita mengadu kesakitan dan kesengsaraan hati bukan?

 Sahabat Puteri : Ya, memang tak dinafikan… Dia Satu-Satu nya….. Tiada lain….. hmmmm….. Tapi…. Puteri terlalu cepat melupakan segalanya….. Kenapa? Macamana? Hmmm…

Puteri : Heeee….Sapa kata Puteri lupa? Puteri tak pernah lupa dan Puteri cuba untuk lupa tapi jika hanya Allah yang memadamkan segalanya dari memory Puteri ni….

Sahabat Puteri : Jadi Puteri masih mengingatinya?

 Puteri : Tidak…(senyum….) Tapi Puteri manusia biasa… Tak dapat lari dari segala perasaan yang pernah ada dalam hati Puteri suatu masa dulu…. Tapi kini perasaan tu tak boleh dibawa-bawa…. Kerana ianya bukanlah sesuatu yang hak pada tempatnya ketika ini…

Sahabat Puteri : Dan Puteri masih mengharap?!

Puteri : (senyum…….) Ya….. Puteri masih berharap…. Tapi bukan kepada dia…. Puteri berharap pada Allah semata… Puteri sedar tanpa Kuasa Allah, apa-apa takkan terjadi…tapi jika Allah mengatakan kun fayakun,maka jadilah…. Kerdilnya kita ni kan?… Puteri tak dapat memilikinya,Puteri tak dapat apa yang Puteri inginkan, iaitu dia, Puteri sedar Allah tidak mengizinkannya… Puteri redha kerana Allah adalah Pencipta Puteri… Bermula dari saat Puteri tahu yang dia tidak menyintai Puteri, Puteri sedar yang Allah dah beri satu petunjuk yang Puteri harus akur…. Kesimpulannya, Puteri benar-benar redho dengan takdir Allah pada Puteri… Selepas dari itu, harapan Puteri 100% hanya pada Allah… Sekarang, Puteri masih yang ceria seperti dulu…(senyum)

 Sahabat Puteri : Puteri terlalu mencintai dia….(sambil memandang ke muka sahabatnya..) Kenapa Puteri? Apa istimewanya dia?

Puteri : hmmmm…. Puteri sendiri tak sedar…. Tapi…Puteri rasa Allah detikkan dalam hati Puteri tiba-tiba mangatakan dial ah orangnya…. Semasa Puteri sedang dalam perjalanan pulang ke rumah suatu hari, tiba-tiba air mata Puteri mengalir dan hati Puteri berkata Puteri sayangkan dia kerana agamanya, kerana cintanya dia kepada Allah, kerana cintanya dia kepada perjuangan Rasulullah, kerana cintanya dia pada ilmu agama, kerana cintanya dia pada jalan dakwah fi sabilillah, kerana sayangnya dia pada anak-anak kecil, kerana sayangya dia pada keluarganya, sayangnya dia kepada sahabatnya, umat Islam.…. Kerana dia sanggup berkorban untuk berdakwah, sanggup berkorban kerana Allah, kerana Islam…. Air mata Puteri makin deras memikirkannya ketika itu….. Kemudian..Puteri sedar, segala kebaikan itu, patut dianugerahkan anugerah yang hebat didunia,dan Puteri bukanlah anugerah yang hebat untuk dia… Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik… jelas Allah katakannya dalam kitabNya…. Mungkin Puteri bukanlah perempuan yang baik untuk dia… Isteri adalah anugerah kepada suami… Puteri bukanlah anugerah untuk dia kerana Puteri tidak setanding dia.. Bila Puteri fikirkan semula, didunia ini, atau paling dekat di sekeliling dia, ramai wanita-wanita yang layak menjadi bidadari dunia untuk dia… Bukanlah Puteri…

Sahabat Puteri : Kemudian Puteri terus dapat melupakan dia?

 Puteri : Bukan Puteri melupakan dia, dia tetap sahabat Puteri kerana kami memperjuangkan perjuangan Rasulullah…Dia tetap sahabat Puteri kerana Puteri tidak mahu kehilangan teman sebaik dia…. Alhamdulillah… dia masih menganggap Puteri sahabatnya walaupun selepas dia mengetahui perasaan Puteri terhadapnya sebelum ini….

Sahabat Puteri : Puteri…… Puteri takkan dapat melupakan perasaan Puteri selagi Puteri bersahabat dengan dia…

Puteri : Siapa kata? Heeee…. Sungguh Puteri ok…. Puteri dah lupakan segalanya….. Puteri hanya sahabat dia…. Puteri takkan fikir lebih dari itu kerana Puteri tidak mahu lawan takdir Allah kepada Puteri ketika ini….. Allah segalanya…. Allah yang kuatkan hati Puteri… Jangan risau wahai sahabat…. Puteri cintakan dan sayangkan dia kerana Allah, jadi Puteri tidak kecewa dengan apa yang terjadi…. Segalanya kerana Allah wahai sahabat….yakinlah…..

Sahabat Puteri : Saya kagum dengan Puteri…….

Puteri : Kagumlah dengan Kuasa Allah….. Tanpa Kuasa Dia, tanpa Kasih Sayang Nya, Puteri tidak akan sekuat ini….. Kini…. Puteri hanya sayangkan dia seperti Puteri sayangkan sahabat Puteri ini…. (senyum)

Sahabat Puteri : Puteri…….

Puteri : Ya…..

 Sahabat Puteri : Bagaimana kalau dia tahu apa sebenarnya perasaan Puteri kepadanya….

Puteri : (senyum)….

Sahabat Puteri : (senyum)……

Puteri : Biarkanlah wahai sahabat…. Jika kita lakukan segalanya kerana Allah, kita takkan kecewa jika ianya tak menjadi…. Teruskan berdoa dan berharap kepada Allah.. Puteri doakan segala yang terbaik untuk dia… Puteri doakan dia akan dianugerahkan Ainul Mardiah nya di dunia ini…. Puteri sayangkan dia dan Puteri doakan segala yang terbaik untuk dia.. Sahabat…. Jangan risau…. Segalanya seperti biasa…. insyaAllah….

 Sahabat Puteri : Puteri….(senyum).. selepas ni, apa rancangan Puteri?

Puteri : Puteri nak teruskan hidup Puteri…. Puteri nak bina kehidupan untuk masa depan…. Kerana Puteri ada janji bersama sahabat-sahabat Puteri untuk membina empayar untuk membantu umat manusia….

Sahabat Puteri : Bukan itu lah Puteri, maksud saya Puteri tak berniat nak cari pengganti?

Puteri : Heeee…. Bila Allah hembuskannya dihati Puteri sekali lagi, akan adalah penggantinya… tapi sekarang belum lagi… (senyum….)


0 Responses to “Segalanya indah kerana Allah….”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: