AIR STOKIN JAMPI ANAK TERUNA ORANG

Oleh: NIK SABARIAH NIK ABDULLAH

 

Kisahnya bermula begini, kalau ke masuk kampung orang asli, jangan mimpi nak pakai lelawa, dan jangan mimpi stokin takkan kotor macam kita duk berjalan-jalan ke dewan kuliah, as a muslimah, wajiblah kita memakai stokin..heh! tiba pada hari pertama aku ke Pelantok, aku di kerah berjalan hampir dua jam untuk masuk ke kampung, dah pada hari pertama sahaja aku telah guna dua pasang stokin, first time masuk kampung, mana reti nak pakai kotor-kotor, asal kotor je rasa rimas.. itu yang aku tukar, dan terlupa pula yang aku hanya bawa lima pasang stokin je. Nak di jadikan cerita, hari ke tiga aku telah kehabisan stokin, dan hendaklah aku membasuh stokin. Masa aku tengah syok-syok basuh stokin, datanglah sorang mamat ni, aku pun dah lupa nama dia.. rasanya sekarang dia dah ke Holland, hajatnya ingin membasuh ikan kerana di tempat memasak di penuhi orang-orang yang kena membasuh benda lain ( pinggan mangkuk dan lain-lain yang sesuai) dan dia duduklah bertenggek kat birai longkang tengok aku membasuh stokin. Belum sempat aku habis membasuh stokin, dia minta izin untuk basuh ikan.. atau dengan lebih mudah untuk di fahami, menyuruh aku basuh ikan tu, dan aku merasakan membasuh ikan adalah sesenang aku membasuh stokin, so aku basuhla ikan tu dengan cepatnya. Dan.. bila mamat tu nak blah dari tempat aku basuh stokin tu, dia dengan bangganya ” wah lepas ni ramailah yang jatuh hati dengan irah, basuh ikan guna air stokin.” erk!!! ada ke aku buat macam tu???  mana ada.. mamat tu saja nak pekena aku.. huhuhuhu… so MORAL of THE STORY..bawa stokin banyak-banyak.. kalau kotor sikit, halalkan je..bukan siapa yang nak tengok, janji aurat tu di tutup sebaik mungkin..dan selepas itu aku sentiasa bawa stokin banyak-banyak sampai terlebih-lebih pula stokinnya..takut di tuduh menjampi anak teruna orang dengan air stoking lagi.. hehe!

______________________________________________________________________

 

JENTERA..OH JENTERA…

Oleh: MOHD SHAZNI ABDULLAH

 

Hari semakin meninggi, bahang mentari seperti sedang diserap oleh sebuah jentera gergasi bernombor pendaftaran WAN 6153. Aku masih lagi terduduk di sudut hujung jentera itu sambil mataku merenung jauh ke luar.

 

“Nape Liq?”

Suara sahabatku Jali memecah kesunyian.

“Paneh la..tak ghase ke..dah lama sangat ni..sorang pon tak nampak lagi..”

Nadaku hampa.

“Betoi3..bukak bju je la….hehehe…”

 

Kami berdua hanya mampu ketawa kecil sambil melirikan senyuman. Jali cuba memasang lagu dengan kuat menggunakan sistem audio yang dipinjamkan dari Rovas. Itu je la cara menghilangkan kebosanan dek bertugas sebagai penjaga barang di dalam trak sambil menunggu sahabat-sahabat membeli barang persiapan ketika dalam perjalanan ke Pos Lebir. Jentera kami singgah di Bentong hampir sejam untuk acara beli membeli itu. Setelah usai semuanya, enjin mula berbunyi menandakan perjalanan perlu diteruskan. Suasana di dalam perut belakang jentera semakin meriah dengan kehadiran cecair krim yang sejuk dengan pelbagai perisa. Tekak yang kering dicairi krim-krim sejuk. Alhamdulillah, sejuk kembali usus dalamanku. Perut sudah kenyang, hati sudah girang, badan terhoyong hayang mengikut alunan jentera sambil melayan rentak lagu yang dimainkan di corong sistem audio. Keceriaan terpancar dimuka sahabat-sahabatku. Seronoknya menjadi isi perut sebuah jentera yang bernama trak JHEOA. Sesungguhnya, merenung jejak-jejak perjalanan misi dakwah ini kadang kala ku terfikir bagaimanakah keadaan para pendakwah dahulu kala? Adakah mereka cukup selesa dalam perjalanan? Apakah cukup bekalan makanan yang dibawa? Ya Allah….bimbinglah kami supaya kami tidak leka dalam perjalan ini..Ameen. =)

 _______________________________________________________________________________________

PENJARING GOL EURO SESAT DI POS LEBIR TATKALA HUJAN LEBAT

Oleh: NOR HAFIZAN MOHD NOWAWI

 

 

                 Pada hari akhir berada di kampung, hujan lebat beserta ribut menyerang kami. Habis dapur runtuh. Barang selamat di bawa masuk ke dalam dewan. Nasi dipenuhi air. Sup yang kuahnya kering menjadi penuh semula. Ribut yang tiba-tiba datang membuatkan kami beberapa orang di dapur panic.

“Selamatkan barang prep&tech!” Jerit Jali merangkap head comm untuk Prep & Tech. Barang semua dibawa ke tengah dewan. Dewan hampir banjir dek tempias air hujan dari setiap sudut. Beberapa sister berkumpul di tengah dewan. Brothers yang lain bertungkus lumus menyelamatkan perkakas dapur. Ketika aku melihat keadaan sekeliling, mataku tertarik dek gelagat brothers di surau yang merupakan tempat penginapan mereka yang tidak jauh dari dewan. Mataku dapat menangkap aksi mereka seperti pemain bola yang berjaya menjaringkan gol  dan terus menggelongsor sambil meniarap di atas rumput tatkala hujan lebat, itulah Lukman Hakim(sepupu Muhyidin). Diikuti oleh brothers yang lain. Paling mencuit hatiku apabila seorang brother yang badannya agak ‘cute’ turut melakukan aksi yang sama, tapi sayang,beliau tidak dapat menggelongsor jauh.

“Adil ke Jenol tu?” hatiku berbisik .

Kemudian ku tergelak sendiri. Gelagat mereka menarik perhatian brothers di dapur yang kemudiannya terus berlari kesana untuk menyertai mereka. Soronok melihat karenah mereka.

 _______________________________________________________________________________________

CERITA HANTU KAMPUNG ASLI…

Oleh: WAN NORHISYAM

 

Tempat: Kg Terisu 3, Cameron Highland
Tahun: 2001.

Selepas solat Isyak, aku pun mula terkenang seketika kata-kata along
itu. “Ala … along memang suka buat lawak, nak takut buat apa …” detik
kecil hatiku. Lalu malam tu terpaksa la aku harungi malam tu dengan
seribu satu debaran dan penantian mana la tau aku pula yang akan
mengalaminya. Adakah ianya akan berlaku ke atas diriku. Maklumlah
sebelum ini pun aku pernah mengalami peristiwa aneh di perkampungan
orang asli. Lantas selelum tidur aku berdoa sepenuh hati agar aku
dijauhkan daripada segala hantu, syaitan dan iblis yang menganggu
manusia. Berkumat kamit mulutku membaca ayat-ayat pelindung. Masa ini
la nak praktis balik ayat-ayat al-Quran yang aku pernah hafal masa
belajar dulu. Malam tu, pada pukul 10:00 malam lagi kami dah
tidurdek kerana keletihan tambahan pula tiada lampu Kalimantan. Malam
tu jua la aku mimpi benda-benda yg menakutkan, tetiba aku terjaga
dari lamunan tidurku … alamak … sudah …. Aku terasa seperti ada
sesuatu yg mengusik-usik jari-jari kakiku. Aku angkat perlahan-lahan
kepala utk melihatnya namun tiada apa. Aku baringkan semula badanku,
masya-Allah … yang aku nampak hanyalah api lilin yg bernyala,
Cahayanya amat malap … dlm keadaan malam yg gelap gelita. Kedua-dua
rakan yg lain tgh tidur tak bernafas (tidur mati). Aku lihat jam
menunjukkan pukul 2… Fuhh .. Malam masih panjang, detik hatiku. Aku
sambung tidurku semula. Tiba-tiba aku asyik teringat kisah along yg
diceritakan selepas Isyak tadi. Lantas berkumat kamit bibir ku
membaca segala doa dan ayat kursi, dan apa saja ayat yg aku ingat.
Namun, oleh kerana terlalu mengantuk, aku terus tidur ja. Aku hanya
sedar bila dah nak dekat subuh,

* moral cerita ini: setiap dugaan dan cabaran ada hikmahnya, tabahkan
hati dan teruskan kehidupan …

 

 ______________________________________________________________________________________

POS LEBIR, WHERE I LEFT MY HEART

Oleh: MUHAMMAD ASHRAF ALI

 

Writing dairy is my hobby. I have friends, but it’s not fair to say that I can’t share every thing with them. Nevertheless, I share my feelings with one, who agrees to be a friend and have a good sense to feel my feelings.

But as a friend like dairy, you cannot imagine others like this. So getting chance to share my feelings by writing, I am so happy.

I cannot realize how I would write everything what happened in that week-the week, in my life-page, inscribed, never would be erased….

From the beginning in Malaysia, having lot of friends form Kelantan, it was my long cherished dream to be there. When I heard that I am going to Kelantan, it was unbelievable! My exam was close at hand, but who cares! I was counting the date-the date of journey…

The day came, I heard, somebody will go first and by truck. So, how could I miss this chance to go by truck! Its open, nothing can obstruct you to enjoy the scenery, to look at the open sky, to be a apathetic looking at the hills-mountains, trees in a long distance….but unfortunately I missed this..

However, I didn’t miss at the time of returning. But it was pathetic…

In seven days, we had many things to do. We were divided into 10 groups. I was in ‘preparation and technical’ beru. Everybody was hard workers as their responsibly except me. The day time we used to visit our foster family. I had a family with two siblings ‘Emma and Yusra’. They were helpful and also may be sorry for me. Because, I can’t speak Malay, I had to sit in silent. But I tried to use whatever I knew, the basic words like-Apa khabar? Suda makan! But the funny thing is that, when I prepared to use this with my family, no sooner had we met with them, my two siblings used these words already. So, it’s not suitable for me to ask same question again.

Whatsoever, I had a great sentence what I kept in my mind for the last day to use with my family. ‘Kenag datu dalam dua mu’. It was a great sentence in that week among my newly learnt Malay sentences. And using this with my family, I was so much fascinated.

The most happy time I felt when the villagers gathered in the main hall, and eating together. Especially the children with their MOMs. I can’t explain how I feel. Sometimes I used to stare to them, sometimes I had to hide my tears… these people and there are many like them are converting Christianity having got poverty, lacking food to feed the children… How and why the mothers could sit in silent while others offer her food to feed the children to stop their crying asking her to convert the religion! It’s happening frequently in my country. Many times tears come in eyes unconsciously but, ‘Male should not cry‘ helped to stop crying. How helpless are they! It’s hard to believe for me while I see these people, they have so called knowledge about Islam but, they understand to have a respect of others, especially women! May be you can think me as a negative thinking. But it is. I always had this idea that only the true Muslims have this concern of honours.

In the last day, I couldn’t be sure that I have to go back, our 7 days already finished! I was so lazy and naughty. Most of the time I just stuck with my mates, nothing did exactly for the villagers. Just passed the time with them, tried to know mentally and emotionally. I didn’t care very well that I have to do something for them else helping my mates…

But in the time of parting, while I felt something in my eyes, I understood, whatever I did, its may be not exactly what everybody expected form me, but it is invaluable, priceless-my feelings, my heart that got them know-the villagers-my foster family, Fauzi, Ayun, Azmir, Khadijah and others, those whom I forgot to ask their name…

I got in the truck. Everybody were singing ‘Sayonara Sayonara….’ my sight was being blurred again and again. I can’t convince the moment of farewell. I have not enough word to use. Our truck was going on. Slowly, the village, where I left my heart, was going out of sight; the people, who were familiar of 7 days only, standing with tearful eyes… I see the hills, the mountains in front of my eyes, the palm trees at a distance standing up in rows and I think and remember the lines of Robert Frost..

The woods are lovely dark and deep

But I have promises to keep

And miles to go before I sleep

And miles to go before I sleep….

_________________________________________________________________________________________   

SAPA YANG NAK KAHWIN NI??

Oleh: NOR HAFIZAN MOHD NOWAWI

 

Kak,nak masak ke?’ tanya Muhyiddin.

‘Erm, nak masak apa? Hmmm, buat air je la, makan dengan biskut.’ Balasku.

Mengenangkan dapur bagai tongkang pecah dan suasana ‘black out’ membuatkan kami hilang arah.

‘Tapi, budak-budak ni ada yang lapar’ Munzir menyampuk. Hujan lebat petang tadi meyebabkan ramai diantara kami lapar. Muhyiddin mencari sesuatu bertemankan cahaya lilin.

‘Kak, mee Maggie ada!’ Jerit Muhyiddin.

‘Nak goreng Maggie?’ Tanyaku.

‘Ok gak’ Munzir menjawab. Aku terus mencari bawang-bawang di dapur untuk dibuat perencah. Munzir, Fatin dan Kak Yati memulakan tugas mengupas kulit bawang. Muhyiddin menghidupkan api dapur dan memanaskan air. Aku segera merendam mee Maggie. Risau peserta tidak sempat makan mengenangkan bas bertolak balik ke UIA pada jam 11 malam dan Abang Azahar akan menghantar mereka ke simpang awal sedikit. Hujan masih renyai. Bekalan elektrik terputus satu daerah. Tidak lama kemudian, Apai atau otai dapur datang sebaai penyelamat keadaan.

‘Apai, kita nak goring meggie. Tolong gorengkan?’ tanyaku. Apai tersenyum,segera mengambil periuk dan bersedia utuk memasak. Satu persatu perencah kami masukkan. Kemudian Apai merasa,

“Hmm,macam ada yang kurang”. Aku pula merasa,

“A’ah, apa yang kurang ya?” Aku dan Apai buntu. Perencah kami tidak menjadi. Seketika itu, Amat Hafiz, Sem dan Kak Ngku sampai dan mengambil alih tugas. Aku pergi menyiapkan kerja lain.

‘Kurang masin, mee kering’ Ujar Kak Ngku.

‘Kita buat air garam’ Sem segera membuat air garam. Kemudian dicampur dalam Maggie tersebut. Aku dan Kak Ngku merasa, serentak kami menjerit,

“Masin!!!!”

“Dah tak boleh patah balik ni, kalau letak air lagi, Maggie jadi lembik”

Kami tergelak beramai-ramai di dapur. Maggie ditolak ketepi. Siapalah yang sanggup makan Maggie masin itu. Tapi masih ada yang makan kerana lapar. Hmm, sapalah yang nak kahwin ni??

 _______________________________________________________________________________________

 

AKU BUDAK COMRADE

Oleh: WAN NORHISYAM

 

Setiap kali ada program masuk kampong setiap kali itu juga hati aku macam berbunga. Entah… perasaan pelik apa ini?! (rasanya korang pun sama macam aku, itu pun kalau korang betul-betul budak COMRADE sejati ler, sampai sekarang pun perasaan ini datang ketika teringatkan kampung orang asli, bila tengok gambar kenangan). Rasa tertunggu-tunggu. Sering menghitung detik waktu tiba. Buat perancangan itu dan ini. Semuanya mesti beres. Daripada paper work, pengumpulan ahli yang nak menyertai program masuk kampung, cari bajet dan sponsor, deal dengan JHEOA, beli barang keperluan… semua kena clear

dulu.
Ketika semua warga UIA balik kampong selepas selesai exam, kami pulak tunggu hari nak naik lori. Semacam seronok je. Mujur ler mak ayah faham. Kekadang walaupun exam

habis awal tapi aku setia menanti dan masa diisi bantu kengkawan buat kerja, persiapan akhir.
Misi kali ni kami nak masuk 3 kampung serentak. Kampung Susu, kampong Tiji dan kampong Habu. Senarai yang nak pegi dah ada. Ramai pulak budak UIA yang nak masuk kampung. Ini mungkin pameran COMRADE kat Convest 2000 menjadi tarikan yang kuat.

“Ramai jugak kali ni Along”, kata aku pada Along (Mohd. Khairul Nizam Awang Kechik, Presiden COMRADE ketika itu).

“Bagus, hampir 60 orang, campur ahli COMRADE dan bukan ahli, termasuk jugak ahli lama, kali ni kita open. Dan mungkin akan bertambah last-last

minit,” terang Along.
Time mesyuarat pulak macam biasa, masing-masing ceria. Ceria… exam dah habis!. Masing-masing luah perasaan rindu sebab agak lama tak jumpa. Dua minggu tumpu pada exam dan dua minggu juga takde mesyuarat. Cuma takers

untuk program dah diberi awal-awal. Kalau ada mesyuarat pun antara biro masing-masing je.
“kita akan masuk kampung yang pernah COMRADE masuk, iaitu Kg Susu, Kg. Tiji dan Kg. Habu. Kita akan bahagikan kepada 3 kumpulan”, antara ucapan Along masa mesyuarat.

Orang yang terawal jelajah kampung-kampung ni ialah Abg. Anas (presiden generasi kedua COMRADE, aku pulak pada masa tu generasi ke 4). Bukan sedikit jasa abang Anas pada orang kampung. Macam-macam abang Anas buat. Dakwah directly dan indirectly. Tapi abang Anas lebih kepada indirect

. Satu contoh yang boleh aku kata kat sini ialah ketika abang Anas masuk Kg. Susu pada musim durian, dia sendiri tolong orang asli angkat durian dari kampong ke luar untuk dijual pada peraih. Dia buat macam sedara sendiri. Itu yang sampai sekarang pun orang asli masih ingat kat abang Anas.
 Setelah perbincangan dibuat, aku kena kampong Habu. Bersama aku antaranya ialah Mohd. Anis, Abang Zulfikar, Nazri, Mat Joe, Kak Nora, Syakirah dan lain-lain seramai 20 orang.

Mesyuarat telah membahagikan peserta-peserta dan kg. Masing-masing. Kg. Susu diketuai oleh Along (Presiden). Kg. Tiji dipimpin oleh Zeli (ketua biro Pendidikan). Kg. Habu pula diketuai oleh Mohd. Anis (ketua Biro Dakwah).
Satu sesi taklimat tentang perjalanan program diadakan kepada semua peserta sebagai panduan umum semasa masuk kampong. Peluang pertemuan ini juga digunakan untuk membuat perbincangan dalam kumpulan masing-masing. Dalam sesi inilah peserta diberi tugasan dan peranan dalam kumpulan. Kesempatan inilah juga dimanfaatkan untuk berkenalan.

Ana akhukum Fillah…

nama saya Mohd. Nazri Hassan, kawan-kawan panggil Zek, IRK, tahun satu, bukak semesta depan kalau lulus semua masuk tahun 2.”, Zek perkenalkan diri. Sahabat aku ni seorang yang periang dan baik budi. Sebab tu ramai peminat. Pemuda harapan pemudi ler katakan… (Ya Ampunnn… Jangan marah aku Zek).
Lepas sorang demi sorang perkenalkan diri, barulah kami memulakan perbincangan sedikit sebanyak. Orang lama memberi tunjuk ajar. Orang baru hanya ternganga mendengar. Orang seperti aku… heh, sedang menikmati setiap detik bersama itu, yang aku sedari ianya akan menjadi kenangan indah dalam hidupku.

“Satu yang kita kena ingat, bila masuk kampung, pertama sekali perlu jumpa Tok Batin dulu. Cerita kat dia serba ringkas. Kalau dia terima, mudah la kerja kita seterusnya. Kalau tak, pujuk la dengan apa cara… buatlah dengan berhikmah”. Terang Abang Ardi kepada semua.

“Lagi satu jangan mudah berjanji dengan orang asli, kalau janji tu agak susah kita nak tunaikan baik tak payah. Sebab orang Asli ni akan ingat sampai bila-bila,” Tambahnya lagi.

Kebanyakkan ahli COMRADE pada masa ini didominasi oleh pelajar dari kuliah IRKHS (IRK/BARB/HS) . Ini tidak bermakna tiada pelajar dari kuliah lain. Tapi jarang-jarang. Zeli selaku senior COMRADE dari kuliah HS telah membawa ramai pelajar-pelajar HS untuk menyertai Program Masuk Kampung kali ini. Manakala pelajar-pelajar BARB dan IRK pula ramai dari kalangan kawan-kawan Along. Dan misi kali ini boleh dikatakan disertai bukan ahli lebih ramai dari ahli COMRADE. Okey lah… macam meriah je… Cuma masalah sikit sekarang ni ialah pengangkutan. Dua buah lori dan dua buah Leroba (land rover) tidak cukup untuk membawa seramai lebih 60 pelajar dengan barang-barang ke destinasi kami- Cameron Highland .

Mesyuarat sebulat suara memutuskan sebahagian pelajar mesti menggunakan pengangkutan kereta api dari KL ke Tapah. Dan dari Tapah mereka perlu guna bas pulak untuk sampai ke Tanah Rata Cameron Highland . Zeli juga lah yang jadi ketua untuk bawa peserta-peserta naik keta api. Mereka akan sampai kat tapah sebelum subuh, so… kena tidur ler dulu kat stesen Tapah sebelum bas pertama bergerak ke Cameron, lebih kurang pukul 7 pagi.

 

 

 
 

 

Sebahagian pelajar lagi… apa lagi kalau bukan naik lori keramat abg. Zahar dan leroba abg Zukri… satu lori lagi untuk muat barang-barang. Aku antara mereka yang naik leroba. Sesungguhnya dua orang pemandu ni masing-masing mempunyai karektor yang banyak membantu COMRADE semenjak zaman Abg. Anas lagi. Mereka berdua ni participate secara langsung bersama-sama menjayakan misi. Abg. Zukri selalu guide dalam bab masak-memasak. Malah ketika masuk kg. kampung Husin, dia la yang masak gulai kijang hasil buruan orang asli. Dia juga yang selalu bancuh Nescafe buat kami semua. Abang Zahar pulak… seorang yang cool… macho (lebih macho

dari orang asli kiranya) dan suka sembang (sembang yang ada faedah). Banyak juga kenangan aku bersamanya, antaranya… masa kat Husin dulu kami keluar dengan lori Abang Zahar cari kayu api kat satu kebun getah untuk buat kenduri. Kami yang hero-hero ni masuk kebun getah ambik batang dan dahan kayu yang dah mati. Kiranya okey ler… sambil-sambil ambik kayu boleh le bersihkan kebun getah tu sekali. Ntah kebun getah siapa pun aku tak tahu. Abang Zahar tunggu kat lori dia sambil tengok-tengokkan kami… tiba-tiba… datang sorang pak cik ntah dari mana. Dari jauh dia meluru ke arah Abang Zahar dengan sebilah parang kat tangan kanan dan sebatang kayu di tangan kiri lagak macam geram nak pukul abang Zahar. Terkejut besar Abang Zahar…
“Pak cik, sabar pak cik …!!!”, jerit Abang Zahar .

“Sabar Pak cik…!!!”, jeritnya berkali-kali.

Kami dari jauh tergamam melihat keadaan itu. Setelah pak cik tu dekat dengan Abang Zahar… Abang Zahar dah readyReady

nak lari!… rupa-rupanya pak cik tu kejar kambing yang masuk kebun dia. Takut punya pasal tak perasan pak cik tu lari dengan kambing tadi. Lepas tu kami gelak punya la kuat.
“HA…HA…HA…!!!”, Bergema satu kebun getah… Abang Zahar pun gelak sama. Suspense

betul. Gelak itu bersambung-sambung sampai la kami balik ke Kg. Husin.
“Ceh… aku ingatkan tuan kebun getah, ingat dia marah kita ambik kayu dia… rupa-rupanya orang gila…”, komen Abang Zahar.

Peristiwa itu buat aku tersenyum bila terjumpa dengan Abang Zahar. Ayat standard dia bila jumpa aku, “kau bila nak datang rumah aku, nak tunggu aku mati dulu ke baru nak ziarah…”. Rasa kesal juga di hati kerana belum sempat aku berkunjung ke rumah dia. Hanya ketika dia masih tinggal dekat kuarters Batu 12 je aku pernah berkunjung di hari raya tidak lama dahulu. InsyaAllah free-free

nanti sampai la aku sekeluarga ke rumah dia. (Sedikit selingan je nih!)
Hari yang ditunggu telah tiba. Semua pelajar berkumpul kat bangunan kuliah Econ petang itu. Aku menyertai pelajar-pelajar lelaki yang sibuk mengangkat barang-barang masuk lori. Beras, susu dalam tin, sardin, gula, serbuk teh, kopi, Nescafe, biskut disediakan oleh JHEOA. Bekalan makanan kali ni agak banyak. Alhamdulillah, kami selalu dapat support dari JHEOA. Selain untuk makanan kami semua selama berada di sana, bekalan ini juga adalah untuk bantuan kepada orang asli termasuklah untuk buat kenduri yang biasanya dibuat pada hari akhir. Bekalan makanan berupa sardin, susu, gula dan lain-lain itu banyak membantu misi kami. Korang tahu saja la apa orang asli suka. Sanggup berebut-rebut semata-mata nak dapat ikan kurung masak gulai, telur goreng hancur-hancur time buat kenduri (ikan kurung adalah panggilan orang asli untuk sardin dalam tin). Hal ini terjadi kepada orang asli yang tinggal kat pendalaman je. Orang asli kat batu 12 Gombak tak termasuk ler…

 

 _____________________________________________________________________________________

 

NOSTALGIA POS LEBIR

Oleh: NOR SYUHADAA MOHD SAMSUDDIN

 

Kisah ini ingin kuabadikan dalam diari hidupku dan akan kekal menjadi memori manis. Aku fikir teman-teman seperjuangan jua merasakan perkara yang sama. Kunjunganku ke Pos Lebir kali ini merupakan kunjungan ketiga buatku. Kali pertama aku ke sana pada tahun 2005, dan kunjungan kedua menyusul pada tahun lepas iaitu (2007).

             Setiap kunjunganku ke ‘daerah ukhwah’ ini mencoretkan cerita dan pengalaman yang berbeza. Pada tahun 2005, aku melihat penerimaan orang kampung terhadap kedatangan para da’ie Comrade agak hambar. Betapa sukarnya kami untuk memikat hati para penduduk kampung, hinggakan kanak-kanak juga tidak berjaya kami pikat. Apatah lagi orang dewasa dan para remaja di situ. Sungguh orang kampung ini yang berlatarbelakangkan  kaum bateq amat pemalu orangnya. Agak buntu juga kami ketika itu, sarat kepala memikirkan bagaimana caranya untuk menawan hati penduduk kampung. Berbekalkan semangat kental dan  niat  yang murni, kami terus cuba memikat hati para penduduk tanpa rasa jemu. Pelbagai cara kami gunakan; ada yang mengikut nak (amek) menangkap belalang, ada juga yang pergi dari rumah ke rumah membawa khabaran kenduri akan diadakan untuk penduduk kampong, dan ada yang cuba memikat adik-adik dengan gula-gula yang beraneka warna. Akhirnya, sekumpulan kanak-kanak telah berjaya kami tawan. Lantas biro modul memulakan tugasnya melayan kanak-kanak dengan kertas putih dan pensel warna . Tidak lama kemudian, kedengaran deruman enjin motor bersilih ganti menghantar anak-anak kecil mengikuti program kami.Alhamdulillah, puji dan syukur kami panjatkan buat-Mu Tuhan Yang Maha Penyayang. Akhirnya, warga Pos Lebir dapat menerima kehadiran kami.

April 2007, Comrade sekali lagi menjadikan Pos Lebir sebagai destinasi program masuk kampung untuk sem tersebut. Namun, tidak banyak yang dapat kuceritakan perihal program kali ini kerana aku tiba di sana pada malam terakhir program. Cuma apa yang dapat kukatakan, warga Pos Lebir semakin menerima kehadiran kami dan  menganggap kami sebahagian daripada mereka. Di sini dapat dilihat, jalinan ukhwah antara kami dan penduduk kampung semakin erat.

Untuk program yang baru sahaja seminggu berlalu, kehangatan ukhwah itu masih utuh terasa walaupun aku di sana cuma 3 hari. Sungguh, program kali ini begitu menyentuh sanubari hati. Jalinan ukhwah yang makin tersimpul erat atas nama Islam itu kurasakan begitu bernilai daripada sebutir permata. Walaupun aku tahu, pada permulaan program penduduk kampung tidak dapat menerima kehadiran kami, tapi kerana nilai ‘ukhwah’ segalanya dipermudahkan Yang Maha Penyayang. Kemesraan jelas terpancar dari  raut wajah mereka, terutama adik-adik, lantas diluahkan melalui keakraban. Tidak kira yang kecil mahupun yang besar, semuanya mesra dan peramah bertanyakan itu dan ini pada abang-abang dan kakak-kakak Comrade. Hilang sudah rasa malu dan segan. Kukira itu merupakan satu perkembangan yang baik. Saat yang paling mengharukan aku, ketika kami sedang bersiap untuk pulang ke taman ilmu dan budi pagi Isnin itu, kulihat adik-adik sedang berdiri di pagar sekolah dengan linangan mata. Aku yang ketika itu baru sahaja ingin menjamah sarapan menjadi hilang selera. Lantas aku dan beberapa orang teman meluru ke arah mereka. Kami berpelukan erat, memberi kata semangat, dan sama-sama membaca doa wihdah. Selamat tinggal Pos Lebir, kami datang membawa harapan, kami pulang bersama kenangan_

_________________________________________________________________

 

  

 

“Assalamualaikum…adik-adik!” ,pembuka bicaraku tatkala sampai di sekolah yg terletak di satu perkampungan org asli itu. “Adik dah makan ke belum?” tanyaku kepada salah seorang dari mereka. Adik perempuan itu tersenyum saja. Malu agaknya, hatiku berkata-kata. Aku melihat-lihat pemandangan di sekitar kawasan sekolah itu. Indah dan nyaman. Sesekali terdengar jerit-pekik adik-adik yang baru saja keluar rehat jam 10 pagi. Aku lalu mendekati seorang lagi budak perempuan. “Nama adik siapa?”. “Wani”. “Adik darjah berapa?”. “Darjah 5”. Sepatah aku bertanya….sepatah juga budak itu menjawab. Di sini, budak-budak agak pemalu. Mungkin sudah terbiasa dengan suasana persekitaran dan terpengaruh dengan orang di sekeliling mereka. Aku harus membiasakan diri kerana aku akan lama di sini dan akan banyak menghabiskan masaku bersama adik-adik di sekolah.

Pagi itu agak dingin. Semalam hujan turun dengan lebatnya dan aku tidur agak lewat dari biasa. Tapi, pagi ini ada tugasan yang menanti dan aku harus hadir. Aku bersiap-siap dan bersarapan di balai orangramai, tempat peserta-peserta program berkumpul….sebelum memulakan tugasku sebagai tenaga pengajar  untuk membantu adik-adik di sekolah. Di kelas, sesudah sesi suai kenal antara aku dan adik-adik, bermula lah sesi pengajaran di mana adik-adik lebih tertumpu kepada ulangkaji pelajaran dan menguji kecekapan adik-adik. Sesekali diselang-selikan dengan permainan ‘comel’ untuk menghilangkan bosan.

Tiba hari terakhir aku bersama adik-adik di sekolah, pembelajaran diteruskan seperti biasa. Tapi, setelah hampir setengah hari waktu di sekolah, aku diberitahu tentang dua orang pelajar perempuan yang tiba-tiba ‘down’ dan tak mahu lagi bekerjasama dalam kelas. Aku lalu terus bertemu kedua-dua orang pelajar itu. Aku tanyakan apa masalah mereka dan kenapa. Mereka tetap diam dan pada masa itu hanya satu perkara yang terlintas di fikiran. Aku harus sedarkan mereka dan perlu nasihatkan mereka sebelum terlambat. Aku terangkan asal usul bagaimana terjadinya manusia….siapa yang menjaga dan melindungi mereka dari kecil sampai sekarang….aku tekankan kalimah ‘mak’ dan ‘ayah’ yang begitu penting di hati setiap anak. Aku tekankan yang hanya mereka saja yang mampu mengubah nasib diri sendiri dan membantu mak dan ayah.Aku cuba untuk kuatkan semangat mereka yang sangat tipis…..sedih aku bila melihat adik-adik yang tidak disuntik semangat dan azam itu. Mereka mudah rapuh dan goyah kerana kurangnya semangat dan sokongan orang di sekeliling mereka….sayu aku bila melihat keadaan mereka. Aku cuba selami dan hayati perasaan mereka dan cuba untuk bangkitkan semangat perjuangan mereka yang baru saja hendak bermula…

Aku tak mahu melihat mereka menangis….kerana tangisan tidak mengubah apa-apa…tapi hanya itu yang boleh buat mereka tersedar….aku rasa bersalah tapi aku tahu,jauh di sudut hati mereka ingin sekali keluar dari kepompong ceruk kampung itu dan menerokai dunia luar yang lebih mencabar. Aku cuba titipkan semangat yang aku harap mereka hargai dan cuba terapkan semangat itu untuk berjaya. Dalam hati, aku doakan semoga adik-adik berjaya melanjutkan pelajaran dan sekaligus menepis mentaliti lapuk dulu…

~…Adik-adikku sayang….semoga kalian sentiasa di bawah lindungan-NYA…dipermudahkan usaha kalian….dan berjaya di dunia dan akhirat…insyaALLAH! ~

 _____________________________________________________________________________________________________________________

 

LALUAN INI YANG KITA PILIH…

Oleh: MOHD SHAZNI ABDULLAH

 

 

Siang hampir melabuhkan tirainya, pastinya giliran malam pula akan menjelma. Begitulah lumrah alam yang tak pernah langsung merungut, apatah lagi melawan kehendak Illahi. Kaki ku melangkah longlai pulang dari ziarah. Fikiran ku melayang memikirkan mengapakah suasana di kampong ini begitu suram? Pos Lebir yang pernah ku kenali dulu cukup asing pada hari itu.

“bang, tak kan makan je…otak pun nak isi gak ni..jom r..”

Kata-kata seorang penduduk kampung kepada ku tahun lalu terngiang difikiran. Aku tersenyum sendirian.

“mungkin penduduk kampung sibuk hari ini…..”

Pujuk hati ku.

Sampai di dewan, mendengar pelbagai masalah dan andaian terhadap orang kampung membuatkan hati ini berbolak balik. Apakah yang sedang terjadi? Di manakah silapnya? Mungkin ada sesuatu yang Allah tak suka, lalu diberi kepada hamba-Nya ujian untuk pengajaran, hatiku pantas meneka.hmmmm……

Malam itu selepas diadakan perbincangan baru lah segala persoalan terjawab. Usaha perlu diteruskan. Hati penduduk kampung perlu ditawan. Fuhhh… Ya Allah, mudahkanlah urusanku…doaku sendirian di dalam hati…

Linangan air mata mengantuk membasahi pipiku. Namun melihatkan keceriaan sahabat di sekeliling membuatkan aku lupa bahawa aku ni ngantuk. Komputer riba ku memancarkan cahaya pada skrinnya menandakan ada seseorang menekan butang ‘on’. Ya, tepat sekali jariku lah yang menekannya. Sambil klik-klik melihat apa-apa yang patut akhirnya jariku terklik kearah suatu nota ringkas yang sudah lama tersimpan. Aku hanya tersenyum membacanya sebelum belayar kea lam mimpi.

Nota itu berbunyi……………..

“…jangan bosan dengan perjalanan dakwah ini, jalan yang telah biasa kita tempuhi selama ini. Jalan ini jalan yg telah mendekatkan kita antarasatu sama lain, jalan ini telah memberitahu kita siapa sebenarnya kawan dan siapa sebenarnya yang perlu dijadikan pengajaran. Sebuah perjalanan dakwah tidak akan sunyi dari pancaroba dan pahit getir ujian. Jangan engkau berundur dari denai yg menguji jiwa ini, maklum sajalah ia tidak menjanjikan apa-apa pangkat dan kehormatan untuk engkau berbangga, tidak pula memberikan sedikit pun gaji untuk engkau terima, dan tidak pula menjamin bahawa perjalanan ini mudah dan menyebabkan hati engkau akan menjadi tenang selalu. Bukankah engkau dahulu menyatakan dengan perasaan dan hati berkobar-kobar ingin meninggikan Islam dimata manusia? Bukankah engkau dahulu pernah berikrar bersama-sama untuk sanggup mati sebagai syuhada’ di jalan mulia ini?…………………..”

 __________________________________________________________________________________________________________________

 

IPTA Pos Lebir: Bertemu berpisah kerana Allah

 

Jun 2008

IPTA kali ini, agak menyedihkan.. Tidak berkesempatan untuk bertemu Nak. Pak pula hanya jumpa sekali, setelah usai sesi pengajaran pengurusan jenazah tempoh hari. Menurut Pak, Nak dan adik-adik pulang ke kampung mereka di Kuala Lah. Hari-hari berikutnya, berkali-kali aku ke rumah mereka. Namun masih hampa. Tiada kelibat mereka. Hanya rumah yang khali. Sepi. Dan terbayang di ruang rumah kayu yang kecil itu, telatah Shahrul dan Suhaimi, adik angkat kembarku yang amat lincah, lalu aku rindu pada mereka. Jika panjang umur, Insya Allah, aku akan ke sini dan pasti bertemu Shahrul lagi. Suhaimi? Tidak mungkin. Tidak mungkin ada pertemuan dengannya lagi, kerana perpisahan dengannya adalah perpisahan 2 alam yang berbeza. Hanya dengan izinNYA, aku akan bertemu dengannya lagi. Tetapi bukan di alam ini. Di sana, ya, mudah-mudahan jumpa di sana, dengan izinNYA…

 

 

Jun 2005

IPTA Lebir yang pertama untuk aku. Dan yang ke-2 untuk COMRADE. Aku dilantik menjadi Head Com Program Coordinator. Alhamdulillah, waima pelbagai dugaan pada permulaannya, semuanya berjalan lancar. Mendekati Kaum Bateq bukanlah satu perkara yang mudah. Mereka suku kaum yang paling pemalu. Namun cabaran itu tidak pernah memusnahkan semangat Comradean untuk mendekati mereka.

 

Seperti peserta yang lain, aku juga diberi keluarga angkat di sini. Keluarga Pak Mail dan Nak Salmah adalah keluarga angkatku, bersama Hanan (Thailand) dan Abdul Rahim (Arab Saudi). Memang keluarga ‘international’ kan?

 

Kami bertuah kerana Nak dan Pak melayan kami dengan baik. Tiada insiden halau menghalau. Tiada kes menutup pintu. Sebaliknya kami sentiasa diberi sambutan hangat di rumah redup mereka.

 

Kasihku jatuh pada Shahrul dan Suhaimi- si kembar yang berusia setahun lebih. Comel dan lincah. Dan aku pasti, Comradean yang mengikuti IPTA tersebut juga jatuh kasih pada mereka. Seringkali aku menghabiskan waktu ziarah di rumah keluarga ini, menidurkan mereka dalam buaian, memandikan mereka, memakaikan pakaian. Dan tumpah air mata ini kerana mereka. Kerana ini..

 

Nak memberikan si kembar susu badan. Namun dalam keadaan keduanya sedang membesar, lasak dan lincah, susu si ibu tidak mencukupi menampung keperluan kedua-dua mereka. Lalu susu formula menjadi alternatif. Tidak kuat aku  menahan air mata saat melihat susu botol yang disuapkan ke mulut Suhaimi. Tahukah kalian, susu itu tidak layak sebenarnya dinamakan susu. Ia hanyalah air yang berwarna keruh, bukan susu berwarna putih. Dan ia sesungguhnya hanyalah sekadar air yang tidak mampu mengenyangkan si kecil, apatah lagi memberikan khasiat yang sewajarnya buat mereka.

 

Menurut Nak, itulah sekadarnya yang mampu diberikan kepada si kembar kerana harga susu formula yang mahal. Terdesak dek kesempitan hidup. Air dibancuh dengan sesudu susu formula, lalu bancuhan itu menjadi ‘air keruh’ yang seringkali mendiamkan tangisan Shahrul atau Suhaimi yang kelaparan.

 

Terkenang adik-adik di rumah. Susu mereka seringkali pekat berkhasiat, tidak pernah sekalipun ‘air keruh’ itu menjadi santapan mereka. Betapa beruntungnya aku. Betapa hidup ini tidak pernah ada istilah kesempitan, namun masih banyak ruang kesyukuran dilompongkan dalam hidup. Saat itu aku fahami erti syukur. Erti redha dengan apa yang dimiliki..

 

 

Jun 2006

2 hari lagi IPTA Pos Lebir akan berlangsung, kali kedua untuk aku, dan kali ketiga untuk COMRADE.

 

Aku dan Shariah menaiki Land Rover UIA bersama Bro Samadi dan Bro Danial ke Pos Lebir, melakukan tinjauan dan memaklumkan orang kampong tentang kedatangan kami. Agak lewat tinjauan ini dilakukan, Cuma 2 hari sebelum program.Namun masih ada waktu dan kami harap tinjauan ini akan membantu program kelak.

 

Kami tiba di Pos Lebir lewat petang. Setelah berjumpa Tok Penghulu, Land Rover yang kami naiki membelah kampong, meninjau keadaan sekeliling. Tidak banyak yang berubah. Land Rover diberhentikan di persimpangan kecil, betul-betul di hadapan rumah Pak Mail.

 

Aku meluru keluar dan berjalan laju ke rumah Pak Mail. Dari jauh, kelibat adik-adik dengan riuh rendah suara mereka  melaung ‘kakak, kakak’ sebaik melihat kelibat aku. Terharu juga kerana diri ini masih diingati. Aku memberi salam dan dibalas adik-adik. Mereka menjemput naik. Dengan berhati-hati aku menaiki tangga hingga ke anak tangga terakhir. Adik-adik riuh rendah menyambut aku.

 

“ Pak dengan Nak ada?” tanyaku sepatah.

‘tak ada, masuk hutan’ si abang yang tua membalas.

‘o, ye ke.. akak tak boleh lama ni, 2 hari lagi akak datang lagi. Bagitau Pak dengan Nak ye.” Pesanku pda mereka. Tiba-tiba aku teringat pada Si kembar.

‘Shahrul dan suhaimi mana?’ tanyaku sepatah dan belum sempat dijawab, seorang anak kecil menyeringai  padaku, berdiri betul-betul di penghadang pintu. Aku mengusap kepalanya dan mencium pipinya.

‘Ni mesti Shahrul!” tekaku  diiringi senyuman comel si kecil. Gula-gula di dalam saku baju kuhulurkan padanya dan adik-aduk lain. Shahrul melompat-lompat girang. Comel.

 

“Mana Suhaimi?”  aku bertanya seraya memandang adik-adik yang lain. Kegirangan mereka terhenti tiba-tiba. Serentak itu, ruang menjadi sepi. Mereka berpandangan sesama sendiri.

“Mana Suhaimi?”  aku mengulangi pertanyaan yang sama.

Dengan berat, si abang yang paling tua di kalangan mereka menjawab:

“Suhaimi dah meninggal 2 bulan lepas. Sakit”

‘Innalillah” hanya itu yang mampu kuucapkan. Terkesima. Dan rasa bersalah kerana membunuh kegirangan mereka tadi.

Bunyi hon Land Rover UIA memecah sunyi. Aku tahu aku perlu pergi.

Sekali lagi,  pipi shahrul ku cium. Sambil menyalami adik-adik yang lain, aku berkirim salam pada Pak dan Nak, dengan pesanan bahwa aku akan datang semula 2 hari lagi.

Mereka kutinggalkan dalam kesedihan. Menuju ke kenderaan yang menunggu, air mataku jatuh satu persatu.

 

2 hari selepas itu, aku kembali ke Pos Lebir lagi. Pak dan Nak menyambut kedatanganku dengan juraian air mata. Dalam sendu, Nak bercerita tentang pemergian Suhaimi kerana sakit  perut. Menurut doctor, Suhaimi kekurangan zat lalu apabila penyakit menyerang dia tidak memiliki ketahanan badan.

 

Teringat aku peristiwa ‘air keruh’ yang kulihat sendiri pada IPTA sebelum ini. Maka tidak mustahil anak kecil itu tidak dapat bertahan. Namun, soal usia, hidup dan mati, segala-galanya telah ditentukan Allah. Sebagai hamba, tiap suratan perlu diterima dengan redha. Aku menenangkan Nak dan Pak, membisikkan kata-kata semangat bahwa sebagai Muslim, kita harus mengimani Qadha’ dan Qadar, dan sentiasa menjadi hamba yang baik di sisiNYA, mudah-mudahan ada pertemuan abadi di sana nanti dengan Suhaimi, Insya Allah. Bukankah DIA memaklumkan dalam Firmannya:

 

äHxÅzF{$# ¥‹Í´tBöqtƒ óOßgàÒ÷èt/ CÙ÷èt7Ï9 <r߉t㠞wÎ) šúüÉ)­FßJø9$# ÇÏÐÈ

  Teman-teman akrab pada hari itu (Hari Akhirat)  sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.

 

Aku menghulurkn gambar IPTA lalu, gambr aku, dan Nak sambil Nak mendukung Arwah Suhaimi. Aku pula mendukung Shahrul. Nak mnangis lagi sebaik melihat gambar itu. Aku cuba memahmi jiwa ibunya, dan menyelami kesedihan itu, kerana sesungguhnya walauun pertemuan denga Suhaimi seketika, aku turut merasai kehilangan itu.

 

***

 

 Kalian bagaimana? Saat kita makan dengan enak dan sewenangnya melakukan pembaziran, nun jauh di sana, masih ramai saudara seagama kita yang makan sekadarnya. Mereka tidak jauh dari kita, mungkin dalam negeri kita, mungkin dalam daerah kita, malah mungkin hanya bersebelahan dengan kampung kita. Namun bukan semua manusia sudi mendekati mereka..

Kita datang, kita dekati dan kita dampingi mereka. Kita hulurkan tangan sekadar termampu, kita kongsikan pengetahuan sekadar tahu, kita kuatkan uhkwah buang seteru, kita kutip pengalaman, ibrah dan pengajaran meresapi kalbu. Dan semua itu- ilmu yang bukan sahaja kita cedok dalam buku, dalam rutin kesibukan berulang-alik ke kelas, tapi ada dalam perjuangan yang tidak ada noktahnya. Kalau bukan kita siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Perkongsian kisah:

naj_qa2401

http://dhiyauqalbii.blogspot.com

Julai 2008 ,iium Gombak

 

 

DETIK-DETIK SEMASA PROGRAM

Oleh: SITI AISHAH BT ABDULLAH SUHAIMI

 


0 Responses to “CERITERA COMRADE”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: