30
Apr
09

PERTUKARAN dan PERPINDAHAN

saya dengan ini mengishtiharkan………

Ke HIDUPan WARNA WARNI ini telah bertukar kepada CERITERA BINTUNOWAWI……

Selamat membaca disana……

28
Apr
09

KG. POS PELANTOK_satu lagi pengalaman yang diberi oleh kekasih abadi..

Alhamdulillah……

IPTA Pelantok telah usai dengan jayanya…

Banyak tragedi yang berlaku yang pasti menjadi satu memori dan pengajaran yang dapat membantu kita dimasa depan..

23/04/2009 (KL-CHEMOR-JALONG-PELANTOK)

Perjalanan bermula pada jam 10.30am dari Sentul bersama Abg Kem dan Kak Farah…. Kami sampai di masjid Chemor pada zohornya dan dijemput oleh Pakcik Mad (IOA ABIM)… Sempat pekena cendol pulut (huuu,pakcik mad yang blanje…cendol adalah kewajipan bagi kami apabila hendak ke program atau selepas program,heeee)… terus ke Masjid Jalong (park kereta abg kem kerna katanya jalan tak berapa molek)… Aku diberi keizinan dan kepercayaan memandu pajero pakcikMad teros ke Pelantok (training ni,heeee)… (abang Kem senyap je dok blakang,takot kot…) dalam perjalanan masok, pakcik ajak kami ke Kg. Husin…

(KG. HUSIN)

Setelah mendarat di Pelantok, minta kebenaran PM(Muidin) untuk ke Husin.. Kami (Rehan,Farah,Redha,PakcikMad and aku) teros kan perjalanan ke Kg Husin….

Layan….

kg.Husin, Sg. Siput Perak

shahizan

shahizan

amek sedang mangaut daun buluh untuk dijual kepada peraih cina untuk dibuat kuih

amek sedang mangaut daun buluh untuk dijual kepada peraih cina untuk dibuat kuih

adik-adik husin

adik-adik husin

Sebelum pulang, kami dipaksa makan dulu di sana,heeeee… walaupun hanya berlaukkan sardin dan sambal tumbuk, kami  cukup rasa dihargai… walaupun mereka susah, tapi mereka tetap mahu menjamu kami….Inilah keajaiban ukhwah yang telah disebarkan….Alhamdulillah….Allahu Akbar!!!!!!!

Kendian…..

on da way turun

on da way turunkami singgah di....

sl3863693

we were heresempat bersama adik2 di asrama ni…. sempat nyanyi2 nasyid ngan dorang,heeee…. kami pulang ke pelantok setelah usai solat magrib bersama… mengalir airmata adik2 tu…walaupun hanya beberapa jam kami bersua… sekali lagi… inilah kasih sayang yang tersebar…

KISAH salah seorang ADIK dari asrama ini…

Beliau telah memeluk Islam ketika berada di asrama ini…. Setelah pulang, beliau menunjukkan perubahan dalam keluarga beliau, beliau mengucup tangan kedua ibu bapa beliau ketika sampai di rumah… perkara yang beliau tidak pernah buat selama hidup beliau…. Ibu bapa beliau terharu dengan perubahan yang ditunjukkan…dan beliau berjaya mentarbiyah ibu bapa beliau… Kini, ibu bapa beliau Islam kerana perubahan yang beliau bawa… Allahu Akbar…Kata pakcik, beliau mempunyai potensi menjadi seorang hafizah..sama-sama kita doakan….

Anak orang asli menjadi hafizah? Subhanallah…

santai

sl3863702

Kemudian, kami terus pulang ke pelantok…. dan bermulalah tugas saya sebagai sub comm catering….ngeeeeee…..

KEJADIAN2 DI CATERING (yg aku ingat)
  • Tangki petrol genset bocor…. Pokma panic…. Sume larikan diri….. heeeeee
  • extention berasap…. jiju panic…..hahaha…. (sebab berasap: sambal itam aku masok dalam extension tersebut,ngeeee)
  • “kedai warna cina”= kata WAK….. (hanya mereka yg berada ditempat kejadian je leh paham)
  • Grup catering bersyair sambil membungkus ration pada jam 2pagi
  • Catering memang best ar….
  • Catering mantap…..
  • heeee
  • Time sports day, tengok jali yang tak keruan di dapur… tibe2 beliau kene bertugas didapur padahal selama ini beliau sentiasa bersama partner beliau (Shazni) di padang sambil memegang healer/mic…. Sunguh tak keruan tengok sikap beliau ketika itu……
  • Catering diberi nama ” Da SEMPURNA CAFE”

Perjalanan program yang lain semua seperti program2 COMRADE yang lepas….. Adik2 baru COMRADE memang MANTAP… Cayalah…. Di hari akhir program… macam ada sesuatu yang tak kene…. tapi…. biarkanlah…. memang COMRADE itu tidak mahu pada nama…. Asalkan program bersama orang kampong berjalan seperti yang dirancangkan…Alhamdulillah…..

Fardhu ain

fardu ain

fardu ain

 

Helwani…. hanya ponco2 dan chiken dance je dapat aku join…. yang len tak berkesempatan….

Cultural night…..

kisah ABON dan ASRI

 

sewang

sewang

sewang kg ini boleh dikatakan sewang yang agak mistik/nek syeh…heh… tapi kali ini tidak sedasat 3tahun yang lalu… ae gak dak laki yang panic n lari keluar dewan..heee

PENGORBANAN..

Tahniah kepada mereka yang telah bekorban di jalan ini….. kamu tahu siapa kamu…. kamu tahu apa yang kamu dah lakukan…. sekadar untuk mentarbiyah diri dan memuhasabah diri….

adakah kita melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan sempurna????

adakah kita telah menolong rakan2 kita yang memerlukan pertolongan kita???

adakah kita sudah sampaikan dakwah kita kepada mereka???

Kata seorang Pakcik kepada aku:

  • enti niat nak masok kg je dah PAHALA
  • enti niat nak ziarah je dah PAHALA
  • enti pergi ziarah je dah PAHALA
  • enti sebarkan satu ilmu saja dah PAHALA
  • Apelagi yang kita perlukan kalau bukan itu??

KEPENATAN

Satu mende yang aku betol2 puas jika aku berada didalam program ialah PENAT….

  • PENAT itu memberi aku satu KEPUASAN
  • PENAT itu membuat aku tersenyum
  • PENAT itu membuat aku ingin terus bekerja
  • PENAT itu INDAH
  • PENAT itu ada balasannya KELAK, InsyaALLAH….

PULANG NAEK TRAK

Tapi bukan trak abang zaha..mmmm… trak baru… heee…. open air nye trak…. perghhh…. (bawaku terbang)…..Kami (Rehan, kak ngku, aya, nache, muidin, Q, mighol, himam, yusri dan aku) Sempat diberi kuliyah magrib oleh ustaz nache di atas trak….heee…. tajok: PUTERA PUTERI DUNIA, PUTERA PUTERI AKHIRAT….ulasan dari buku tulisan Tok Guru…

KESEMPATAN INI….

Mohon ampun  kepada sahabat2 seperjuangan…..

Teruskan perjuangan ini……

Teruskan beristiqomah di jalan ini…..

 

 

27
Apr
09

Artikel pilihan saya hari ini….

 

 

 

tertarik dengan artikel Ibu Nelli….

maka saya paste kan disini….

 

Saat yang paling bahagia bagi seorang wanita dan selalu diceritakan kepada rakannya2 ialah :

 

i.     saat pertama kali jatuh cinta dan diterima cintanya

 

ii.    saat  orang yang dicinta  mengucapkan akad nikah sebagai suami

 

iii.   saat pertama kali doktor mengesahkan yang ia bakal jadi ibu

 

iv.   saat doktor menyerahkan bayinya yang baru dilahirkan

 

v.    saat anaknya mula pandai melangkah

 

vi.   saat anaknya mula menyebut ‘ibu’ atau yang seistilah dengannya

 

vii.  saat pertama kali membawa anak ke tadika

 

 

Semua itu adalah nikmat yang tidak terucap dengan kata2. Saat seterusnya adalah rentetan saat2 cemas yang saling berganti dengan saat2 bahagia membesarkan anak. Di sebalik setiap nikmat yang Allah anugerahkan ada tuntutan amanah yang besar untuk dilaksanakan.

Nikmat bila dicintai adalah upah keatas usaha yang bakal kita lakukan bagi meramaikan ummat.

Nikmat  dimartabatkan sebagai ibu adalah upah disebabkan beratnya tugas mendidik anak yang akan menjadi khalifah penjaga bumi.

Kasihnya Allah tidak terhingga, upah diberi sebelum tugas dijalankan. Namun kadang2 kita lupa mensyukurinya apalagi untuk menunaikannya secara sempurna. Di masa2 tertentu kita merosakkan nikmat itu.

Nikmat memiliki suami kadang2 disiakan2 dengan menderhaka padanya.

Nikmat memilik rumahtangga kita tukarkan ia dari syurga menjadi neraka dunia

Nikmat menjadi ibu kita ketepikan dengan meletakkan kerjaya lebih utama

Nikmat memiliki anak cerdik dirosakkan dengan berbangga2 pada orang lain

Nikmat  kadang2 dilambatkan atau tidak diberikan kepada sebahagian wanita kerana Allah tahu wanita itu mungkin tidak sanggup menggalas amanat dihadapannya nanti atau ada nikmat lain yang disimpan untuknya yang akan diberikan dikemudian kelak.

 

Kebahagian itu adalah nikmat.

Keperitan pula adalah nikmat yang ditangguhkan.

Tidak ramai orang mensyukuri nikmat memiliki suami apabila suami yang dimiliki bukan impian dihati. Sedangkan Allah tidak pernah menyatakan bahawa pahala melayan suami yang kacak dan tidak kacak adalah berbeza banyaknya.

Walaupun syurga isteri bukan terletak di tapak kaki suami, namun redha suami adalah nikmat yang sangat besar kerana ganjaran pahala yang dianugerahkan Allah  tidak ternilai harganya. Redha Allah pada si isteri bergantung pada redha yang diberikan suami. Wanita yang derhaka pada suami tidak akan mencium bau syurga.

Allah tidak menghukum seberat itu kalau bukan kerana ada sesuatu yang penting berhubung dengan kesetiaan isteri pada suami. Walaupun wanita bersifat lemah, namun dia boleh menjadi penghancur atau pembina kejayaan seorang lelaki.

Nikmat hanya akan berharga apabila ia hilang dari kita

 

 

 

27
Apr
09

Muslimah Sejati

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu”.

“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”. Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, “Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram“. (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

3235034910_569c01cc0d1
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32)
. “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda“.

“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.


Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)

 

http://www.iluvislam.com
Submitted by : Konokokoro

Editor : arisHa27

23
Apr
09

VIRUS COMRADE

2,3 hari ni…… hidup serba tak kene…
makan tak kenyang…

tidur tak lena…

kerja tak fokus…

otak melayang-layang…..

gambar di desktop mula ditukar…

panggilan untuk mereka dibuat setiap hari….

sampai ada yang menegur…

“ko okay tak ni?”

apakah puncanya????

VIRUS COMRADE…

yaaaa….itulah jawapannya…..

huuhuhuhu…… sahabat perjuangan sudah 3hari berada di Pos Pelantok, Sg Siput Perak untuk berjuang menyebarkan agama Allah dan nikmat kasih sayang yang dikurniakan olehNya…. Aku pula, akan menyusul hari ini bersama 2 sahabat lain…. Dan sebijik kete lagi akan turut menyusul pada sabtu ini….

Pohon doa kalian… Semoga perjalanan pagi ini dirahmati Allah dan dipermudahkan….

ALLAHU AKBAR!!!!!!!!!!!!

PELANTOK 2007

PELANTOK 2007

21
Apr
09

what makes me laugh in the car this morning??

SEREMBAN: Menyuntik dadah, mengurung dan menabur tepung di halaman rumah antara kes keganasan rumah tangga dilakukan suami terhadap isteri yang dilaporkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Penasihat Undang-Undang KPWKM, Ahmad Razif Mohd Sidek, berkata perbuatan suami terbabit antara kes pelik diklasifikasikan sebagai penderaan fizikal dan emosi, selain kes penderaan fizikal yang biasa dilaporkan di media seperti menampar, menumbuk dan menendang.

Katanya, kes ‘luar biasa’ itu membabitkan mangsa yang cantik dan tindakan suami itu kerana cemburu buta dan mahu mengongkong isteri.

 

“Ada kes, seorang suami sebelum keluar untuk ke tempat kerja sanggup menyuntik isterinya dengan dadah kerana tidak mahu mangsa aktif, termasuk keluar rumah ketika ketiadaannya hingga menyebabkan isterinya ketagih.

“Kes lain pula, seorang suami menabur tepung di halaman rumah sebelum ke tempat kerja bertujuan mengesan (tapak kaki), sama ada isteri keluar rumah atau ada orang lain datang ke rumahnya ketika ketiadaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah mengenai Definisi Keganasan dan Undang-Undang Berkaitan pada Seminar Menangani Keganasan Terhadap Wanita anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Sembilan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), di sini, semalam.

Ahmad Razif berkata, secara purata pihaknya menerima dua kes sebulan membabitkan keganasan rumah tangga, tetapi percaya banyak kes tidak dilaporkan kerana beberapa faktor.

Oleh Hussain Said
bhnews@bharian.com.my

——————————————————————————————-

macam-macam pe’el pelik natijah dari HATI YANG CEMBURU……

Gune tepong tu begitu klasik….

Macam nak nak tangkap pencuri….

Ye dak????

hmmmmm…….

WHAT A WORLD……

 

 

15
Apr
09

Gelora Cinta Seorang Gadis

 

Seusai memberi salam hatiku tak tertanggung lagi. Pantas aku bangkit, meninggalkan lompang antara saf. Aku melangkah tergesa, segera meninggalkan musolla yang dingin dan damai, tak seperti hatiku yang bergelora panas.

 

Suara zikir yang mengganggu naluriku semakin sayup kedengaran. Air mataku tumpah deras. Kuketap bibir, tertahan-tahan sendu yang bisa saja menarik perhatian. Langkahku terus mantap menuju kamar.

 

Aku hempaskan punggung di birai katil. Aku menangis sepuas hati. Untung saja teman-teman sebilik tidak ada, jika tidak banyak pula persoalannya. Telekung putihku lencun dengan air mata. Aku benar-benar bagai di siksa walau tiada kelihatan segaris pun luka.

 

Entah berapa lama, tangisku mulai reda. Ku ucap istighfar berulangkali, di bibir dan di hati. Segera ku kesat wajah berbekas air mata. Ku pandang jam dinding menunjukkan angka lapan. Ku gumam istighfar dan ta’awudz silih berganti. Ya Allah, ampunkanlah hamba-Mu yang dhaif dan hina ini kerana terlalu mengikut hati dan perasaan. Hati ku terus memohon keampunan atas keterlanjuran yang pasti tipu daya syaitan.

 

Aku lucutkan telekung dari tubuh. Pantas menuju bilik air untuk berwuduk. Aku perlu memperbaharui solat maghrib yang tidak sempurna khusyuk angkara debaran dada yang mengganggu.

 

 

Entah sejak bila bermula. Ada keanehan mengalir dalam diri bila berdepan dengannya. Wajah redupnya menarik pandangan dan lembut tutur katanya mempesona pendengaran. Fikiran jadi kacau. Jiwa dirantai sejuta perasaan.

 

Memandangnya walau sekilas bagai satu mukjizat. Suara, perwatakan bahkan langkah yang diatur mengkaku tiap pancaindera. Minda terus-menerus diburu gambaran wajahnya. Hati tak berhenti melakar namanya. Subhanallah, apakah yang melanda diriku? Apakah ini namanya cinta? Bagaimana caranya untuk ku menanganinya? Ya Allah, kasihanilah hamba-Mu yang lemah ini, berikanlah petunjuk dan hidayah-Mu.

 

 

Aku tak pernah mengenal cinta selain cinta Ilahi. Bisikan Umi sejak dalam rahim. Ajaran Abi dari usia satu hari.

 

Tiba-tiba perasaan ini hadir menggugah cinta didikan Abi dan Umi. Salahkah perasaan ini? Aku dibelenggu pertanyaan. Terus dalam keraguan. Perlukah dilestarikan cinta? Apakah itu bermakna aku berpaling dari cinta-Nya, mengkhianat dan berdusta?

 

‘Perasaan cinta itu memang fitrah, fitrah manusia yang telah ditentukan Allah s.w.t. seperti firman Allah dalam Surah Asy-Syams, ayat 8 hingga 10, yang bermaksud ‘maka Allah mengilhamkan pada jiwa itu jalan kefasikan dan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya’. Jelas di sini fitrah yang ditetapkan Allah dalam diri manusia terbahagi kepada dua jalan yang perlu dipilih, kefasikan atau ketakwaan,’ suara Ustaz Rizal bergema di ingatan. Ustaz muda berjanggut pandak itu memang sentiasa menarik pendengaran pelajar dengan intonasi suara yang berbeza dan kiasan bahasa yang pelbagai dalam setiap sesi kuliah maghrib yang kelolaannya. Ceramah yang hampir setahun berlalu ketika aku masih di alam persekolahan sebelum menjejak dunia kampus yang penuh pancaroba, seakan-seakan memberiku peringatan.

 

Adakah perasaan ini cinta yang fitrah ada pada setiap remaja yang menginjak dewasa? Apakah ia jalan ketakwaan? Atau jalan kefasikan? Mungkinkah keuntungan yang akan ku capai atau kerugian yang bakal ku tanggung? Soalan demi soalan menguji hati dan mindaku.

 

‘Sesungguhnya kekuatan dalam melawan fitrah ke arah kefasikan menunjukkan kekuatan iman seseorang mukmin. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda bahawa ‘Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah’. Maka jadilah mukmin yang kuat untuk memperoleh cinta dan kasih-sayang Allah yang Maha Agung,’ suara Ustaz Rizal terus merangsang pemikiranku.

 

Kuatkah aku melawan perasaan? Membunuh rasa cinta yang semakin mekar berbunga? Apakah aku lemah andai ku biar ia subur menghuni hati? Kurangkah cinta Tuhanku yang selama ini indah ku kecapi? Mampukah aku kehilangan cinta hakiki Ilahi demi cinta ini? Antara dua cinta aku menjadi buntu sama sekali.

 

 

Memang aku penggemar cerita sufi. Tapi tiada niatku meniru Rabiah Al-Adawiyah. Sungguh aku takjub dengan cinta Siti Zulaikha. Tapi tidak terdetik dikalbu menagih cinta seorang pun jejaka. Namun, sesungguhnya aku mengagumi Siti Maryam, begitu sabar dan tabah biar diuji dugaan yang tak tertanggung oleh mana-mana gadis pun sepanjang zaman dan tempat. Namun, istimewanya dia gadis suci yang wara’ yakin dengan janji-janji Tuhannya.

 

Barangkali ini ujian Tuhan menduga iman hamba-Nya. Bukankah di dalam Al-quran, Allah ada berfirman ‘Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan Kami telah beriman sementara mereka tidak diuji?’( Al-Ankabut ayat 2 ). Bukankah ujian yang ditimpa Tuhan adalah petunjuk cinta-Nya kepada hamba? Bukankah setiap kali ditimpa bencana, hamba yang beriman akan meminta dan memohon bantuan-Nya? Bukankah Allah suka mendengar suara rayuan dan rintihan itu? Allahuakbar, jika benar ini ujian-Mu, berikanlah kekuatan agar aku teguh di atas jalan-Mu.

 

Aku tak mungkin menjadi Siti Maryam kerana aku sendiri gagal mempertahankan kesucian hati. Hatiku ternoda dengan kemaksiatan bila terkenang pada sesuatu yang tidak halal bagiku. Hatiku tidak khusyu’ dalam mendamba cinta-Nya kerana dalam waktu yang sama mengharap cinta makhluk-Nya. Ya Allah, kau redakanlah gelora perasaan ini kerana sepertinya aku seakan lemas dalam pukulan ombak ganasnya. 

 

 

Pernahkah mendengar kisah pemuda yang kelaparan lalu makan epal yang hanyut di bawa air sungai yang mengalir? Lalu pemuda jujur itu menjejak pemilik buah epal untuk meminta maaf di atas dosa memakan epal tanpa keizinan dan sanggup melakukan apa saja demi menebus kesalahannya itu. Pemilik epal lantas meminta pemuda itu bekerja di ladang epalnya untuk sekian-sekian waktu. Pemuda itu lantas bersetuju dan bekerja dengan rajin dan amanah. Setelah sampai waktu akhirnya, pemilik epal memberikan satu lagi tugasan sebelum menghalalkan epal yang telah dimakan pemuda itu.

 

Kata pemilik epal ‘Aku mahu engkau mengahwini anak perempuanku yang buta matanya, tuli pendengarannya, bisu mulutnya dan cacat anggotanya,’

 

Pemuda itu tentu saja tergamam dengan permintaan pemilik epal tadi. Tapi kerana sifat jujur dan amanahnya, dia setuju untuk melaksanakan perkahwinan itu asal saja epal yang telah dimakannya dulu dihalalkan dan kemaafan pemilik epal diperoleh.

 

Tentu saja bukan sikap amanah pemuda itu menarik hatiku saat ini kerana sesungguhnya  aku cemburu pada anak pemilik epal itu. Bukan kerana bakal memiliki suami yang soleh dan beriman tapi kerana anak perempuan pemilik epal itu tidak buta, tuli, bisu mahupun cacat bahkan dia gadis sempurna yang sungguh jelita. Cantik luar dan dalaman.

 

Pemilik epal terpaut kepada peribadi mulia si pemuda lantas mahu menjadikannya suami kepada anak gadisnya yang matanya tak pernah menatap lelaki selain ayahnya, telinganya  tak pernah mendengar sesuatu yang dusta, mulutnya tak pernah mengeluarkan bicara yang sia-sia dan anggota tubuhnya tak pernah melakukan maksiat. Aku cemburu dengan kesucian gadis itu. Gadis yang ku kira wajar menjadi idola bagi setiap pencinta kesucian.

 

Air mataku menitis buat kesekian kali. Terlalu jauh aku dari gadis itu. Terlalu beza aku dibandingkan gadis itu. Ya Allah, walaupun cuma satu peratus atau kurang dari itu, kurniakanlah aku kesucian seperti gadis itu. Ya Allah, aku sedar ya Allah betapa kotornya aku, maka bantulah aku membersihkan diri.   

 

 

Aku mencari setiap peluang dan ruang membawa aku jauh dari perasaan itu. Aku tidak lagi hadir solat berjemaah di musolla demi menghindar dari mendengar kesyahduan bacaannya mengimami solat-solat fardhu. Ia membuah persoalan pada teman-teman. Aku cuma tersenyum, tidak sanggup rasanya mengakui hakikat sebenarnya. Sekadar menunjukkan hadis Nabi s.a.w. yang berbunyi ‘Sesungguhnya sembahyang seseorang wanita itu lebih baik di kamarnya daripada sembahyang di masjid kaumnya, dan sembahyang di masjid kaumnya adalah lebih baik dari sembahyang di masjid berjemaah’. Malah akhirnya aku tekad untuk tidak lagi menginap di kolej kediaman semata-mata menjaga pancaindera dari terus mendepaninya.

 

Walaubagaimanapun dia masih menghiasi hari-hari ku di fakulti. Ada beberapa tugasan yang memerlukan kami berkomunikasi. Aku cuba menjadikannya seminimal mungkin. Aku sedaya-upaya menjauhkan diri. Tingkahku kadang-kala seperti membenci. Aku tak mahu melukakan hati sesiapa tapi murka Allah lebih perlu ku jaga.

 

Perasaan itu adakala memudar. Tapi kadang-kadang begitu mencengkam sanubari. Aku tegar mendekati Tuhan. Malam-malam ku hiasi dengan pujuk rayu, memohon tanpa henti diberi kekuatan melawan perasaan. Aku makin rajin hanyut dalam kalamullah, Al-Furqan benar-benar penawar hati yang mustajab. Dalam keasyikan menghayati keindahan dalam pembacaan, aku jadi leka seketika dari zikir tentangnya. Zikir yang aku sendiri tak mahu mengungkapnya tapi hadir tanpa rela.

 

Bila waktu perasaan itu benar-benar menduga, adakala aku mengharap amat dia memulakan langkah pertama. Aku berharap dia juga punya perasaan sepertiku. Aku harap ada hubungan menjalin perasaan itu. Aku harap cinta itu mekar dan saling berpadu. Malahan adakala kutitip dalam doa di kala dinihari.

 

Ada ketika, bila dia melintas di depan mata aku berharap dia berhenti, menatap wajahku dan mengungkap kalimah keramat yang sangat ku rindu. Aku berharap di menggenggam tanganku dan bawa aku melestarikan cinta berdua.

 

Tapi itu cuma harapan. Dia tidak pernah menjelingku walau sekilas. Aku juga tak mahu begitu. Aku cuma mengharap kerana perasaan itu begitu mendesak. Namun tangisku akan panjang setelah itu. Rasa kesal mendalam kerana cinta Tuhan yang patut ku damba, bekhalwat dengan-Nya yang wajar ku impi, menggapai kasih-Nya yang mesti ku rindu. Betapa hitam hatiku hingga tidak mengenal apa yang utama. Ya Allah, aku pohon Engkau menghapuskan ingatan ku padanya, tak sanggup aku menanggung tompokan hitam yang begitu memberat di kalbu.

 

Kadang-kala aku resah kenapa tidak dia meluahkan perasaan padaku. Atau pada sesiapa jua. Aku pasti satu perkara, ketinggian peribadinya yang menjerat perasaanku. Andai dia melencong arah, pasti perasaan ini kian memudar dan akhirnya hilang. Mengapa dia begitu sempurna sebagai manusia? Ya Allah, benar-benar ciptaan-Mu ini merupakan ujian bagiku, oleh itu aku mohon kekuatan dari-Mu.

 

 

Lebih empat tahun aku mengekang perasaan. Segalanya telah kulakukan demi mengekalkan kesucian dalam jiwa. Tinggal saja aku tak sanggup menukar jurusan yang ku pilih kerana minat mendalam yang tak mungkin ku singkir.

 

Aku berpegang pada janji Allah. Dalam Surah An-Nur, ayat 26; bermaksud ‘wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik pula’. Aku yakin aku akan menemui pemilik tulang rusuk yang darinya aku dicipta. Aku pasti telah tertulis di luh mahfuz namanya. Bukan aku menyerah takdir tapi aku benar-benar yakin kepada-Nya.

 

Cuma sabda Nabi s.a.w. ‘Apabila seseorang hamba telah berkeluarga, bererti dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka takutlah kepada Allah terhadap separuh yang lain’. Begitu juga sabda bagindaPerkahwinan itu sunnahku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku’. Aku mahu menyempurnakan agama serta mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Perasaan itu ada pasang-surutnya. Namun tak pernah mati. Aku juga makin mengerti akan makna kehadiran perasaan itu. Perasaan itu sama sekali bagai anugerah kurniaan Ilahi. Ujian yang membawa keteguhan hati dan iman. Tiap kali aku berjaya melawan godaan perasaan, semakin mantap keyakinan dan keimananku pada Ilahi.  Sesungguhnya Allah tak pernah menjanjikan jalan yang mudah bagi orang-orang yang beriman tapi Allah berjanji akan sentiasa di sisi menemani perjuangan hamba-hamba-Nya yang yakin dengan janji-janji-Nya.

 

Masa berlalu pantas. Aku bakal meninggalkan perkarangan taman ilmu yang telah banyak menjadi saksi perjuanganku menjaga kesucian hati. Aku tahu aku bakal melangkah dunia luar yang lebih banyak onak duri merintangi. Ya Allah, tetapkanlah langkahku atas jalan-Mu.

 

 

“Sesungguhnya aku sudah lama tertawan padamu. Sesungguhnya sudah sekian waktu cintaku bersemi buatmu. Sesungguhnya namamu telah terpahat kukuh dan bertakhta di hati. Tapi demi kesucian hubungan yang ingin aku lestarikan, aku pendam perasaan itu jauh di lubuk hati, aku simpan rapi tanpa sebarang noda. Sesungguhnya memang tekadku menyunting mu sebagai suri hidupku dalam ikatan yang suci. Demi cinta yang ku pelihara kesucian buat sekian lama, demi Tuhan yang menganugerahkan cinta ini, sudikah engkau menerima ku sebagai suami mu? Lelaki yang harta dan maruahnya adalah amanahmu serta lelaki yang padanya terletak maruah dan syurga mu,”

 

Air mata ku menitis, tak mampu lagi berkolam di tubir mata. Wajah redupnya kutatap. Suara lembutnya menusuk sukma. Sinar matanya membuah syahdu. Dia mengukir senyuman mempesona jiwa raga. Perlahan jari-jemarinya menyentuh wajahku, menyapu air mata mengalir di pipi. Aku tunduk, menahan getar dalam kalbu.

 

Aku bersyukur dia tak pernah meluahkan isi hatinya. Aku bersyukur aku tegar menongkah arus perasaan. Aku takjub kerana kekuasaan Allah di luar batas kemampuan insan. Aku takjub kerana kesabaran menempuh ujian dibalas nikmat yang sungguh mengasyikkan. Aku bersyukur dan takjub bahawa aku kini isteri yang sah kepada lelaki yang sekian lama ku menaruh cinta. Aku bersyukur memiliki cintanya tanpa menggadai cinta Ilahi. Aku takjub dengan keajaiban cinta. Aku akhirnya bisa merai cinta setelah sekian lama.

 

 

Hari konvokesyen adalah hari yang dinanti-nanti setiap insan yang bergelar mahasisiwa. Sejak melangkah ke menara gading, aku tak pernah berhenti membayangkan hari konvokesyen yang gilang-gemilang yang bakal aku hadiri sebagai seorang siswazah. Hari itu pasti mengukir sejarah manis dalam diari setiap insan yang melaluinya. Siapa sangka pada hari itu aku menerima lafaz keramat yang selama ini ku nanti.

 

“Saya…saya…..sudikah awak menjadi isteri saya?” aku disunting dalam barisan beratur menunggu giliran untuk naik ke pentas. Wajahku merona merah, jantungku yang dari tadi berdegup kencang kerana terpaksa berada di hadapannya dalam barisan itu semakin dipalu-palu rasanya. Aku diam. Hilang punca untuk berbicara.

 

“Saya anggap diam tanda setuju. Insya-Allah, dalam minggu depan ibu bapa saya akan bertandang ke rumah awak. Awak tak perlu risau, saya sudah mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang tetap,” lancar bicaranya. Lidah ku kelu sama sekali. Tentu sekali tidak menyangka ada sejarah lain yang bakal terukir dalam memoriku hari ini selain majlis konvokesyen yang penuh berprestij.

 

Aku tak tahu apa perasaanku saat ini. Segala bercampur-baur tidak menentu. Aku bimbang hilang konsentrasi sedang aku bakal naik ke pentas dalam beberapa minit lagi.

Aku mengosongkan minda kecuali bergumam di ruang fikiran, ‘janji Allah itu pasti’.

 

 

 

                                                                                                Nukilan Suci,

 

                                                                       Amal Mina

                                                               (11 January 2008)                

13
Apr
09

UPDATE_PEACE BUILDING WORKSHOP

Assalamualaikum…

The date of  PEACE BUILDING WORKSHOP  which scheduled on 1st – 3rd May 2009 have changed to 28th – 30th April 2009.

Sorry for any inconvenience.

For any inquiries please contact : Dr. Aldila ( 013-2396679)

Jazakallahu Khairan Kathiira…

13
Apr
09

UNTUK SEMUA SAHABAT YANG DISAYANGI…

3231648874_f1aefcab45

11
Apr
09

Kenali personaliti untuk persefahaman, harmoni

Oleh Siti Suriani OIthman dari Nottingham, England

PENTINGKAH mengetahui dan mengenali personaliti kita dalam kehidupan seharian? Penting, itu kata pengkaji dalam bidang psikologi tidak kira sama ada kita adalah golongan pemimpin atau dipimpin. Apatah lagi jika kita adalah golongan pemimpin yang dipilih rakyat, keperluan mengenali diri memang tidak boleh ditolak.

Tidak keterlaluan jika dikatakan pemimpin yang baik adalah mereka yang kenal kelebihan dan kekurangan diri, maka hanya dengan itu dia berupaya membaiki kelemahan, mengeksploitasi kelebihan dirinya untuk kemaslahatan umum.

Personaliti adalah satu cabang dalam kajian psikologi yang mengkaji personaliti individu dan perbezaan antara personaliti yang membentuk diri seseorang. Personaliti berasal daripada perkataan Latin ‘persona’ yang bermaksud individu.

Amnya mengenali personaliti diri penting supaya kita memahami orientasi diri dan ini membantu kita mengadaptasi diri dengan persekitaran serta mengenali kelebihan dan kelemahan diri. Ada sikap yang memang semula jadinya wujud sejak kita lahir dan ada pula yang dibentuk melalui proses pembesaran dan pengaruh persekitaran. Pengaruh inilah yang membentuk personaliti.

Dalam bidang psikologi, pelbagai teori digunakan untuk memahami personaliti. Antaranya teori psikoanalitik, behavioristik, humanistik dan perspektif sikap. Teori yang pelbagai ini memberi perspektif tersendiri mengenai perkembangan personaliti dalam diri seseorang.

Misalnya, teori psikoanalitik yang dipelopori Sigmud Freud menyatakan bahawa personaliti seseorang itu dianalogikan seperti seketul ais besar di dalam air atau aisberg. Jika dilihat secara semula jadinya hanya 10 peratus daripada saiz aisberg yang sebenar timbul di permukaan laut berbanding 90 peratus lagi yang tenggelam.

Kebanyakan personaliti yang wujud adalah di bawah sedar seseorang. Bahagian aisberg yang timbul itulah ibarat personaliti yang kita sedar. Selebihnya, personaliti wujud di bawah sedar individu. Proses pembentukan personaliti seseorang berlaku lebih banyak pada peringkat bawah sedar seseorang, berbanding dalam peringkat sedar.

Untuk mengenali personaliti kita, banyak kuiz personaliti boleh diambil di dalam pelbagai laman web. Namun, lambakan ini tidak menjanjikan ketepatan keputusan ujian dan pemilihan laman web yang saintifik adalah penting.

Menurut Ruhaya Husin, pensyarah di Jabatan Psikologi Universiti Islam Antarabangsa, antara laman web yang menyediakan ujian personaliti yang boleh dipercayai adalah:

 www.MyersBriggsReports.com

 http://www.discoveryourpersonality.com/16pf.html

dan

http://www.self-directed-search.com/

Ujian personaliti terdiri daripada soalan yang selalunya berbentuk pelbagai pilihan yang bertujuan membongkar sesuatu mengenai diri seseorang. Ujian ini bagaimanapun tidak mempunyai salah atau betul kerana sebarang jawapan diberi mencerminkan personaliti yang menjawab.

Secara umumnya, ada beberapa jenis kategori personaliti bagi seseorang individu. Misalnya, Teori Personaliti A dan B menjelaskan dua jenis personaliti yang mempunyai sifat yang bertentangan. Personaliti jenis A selalunya kurang sabar, begitu mementingkan soal masa, berasa tidak selamat dengan status dirinya, mempunyai daya saing tinggi, agresif dan jarang berada dalam keadaan tenang.

Golongan ini selalunya kuat bekerja, memberi diri sendiri tarikh akhir untuk melaksanakan sesuatu walaupun sebenarnya itu tidak wajib dan tidak bergantung kepada orang lain dalam hidupnya.

Dengan ciri-ciri ini, individu dengan personaliti jenis A selalu dilihat dalam keadaan ingin cepat dan tertekan. Individu dengan personaliti jenis B pula sebaliknya. Mereka lebih tenang dan tidak selalu kelihatan tertekan.

Mereka juga adalah golongan yang mudah bergaul dengan orang lain, berbanding individu personaliti A yang terlalu fokus sehingga kadang-kala membataskan dirinya dari segi pergaulan harian.

Perbezaan jenis personaliti ini ada kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Individu dari kategori personaliti jenis A misalnya boleh mengurus dengan baik, sistematik dan cepat serta dapat memenuhi tempoh masa disediakan, namun mereka menghadapi risiko kesihatan seperti masalah jantung, tekanan dan darah tinggi.

Golongan ini selalunya ialah golongan peniaga, pengurus dan penjual yang mudah mempengaruhi pembeli.

Individu dengan personaliti jenis B pula selalu memberi waktu yang menyenangkan ketika apa juga kerja dijalankan bersamanya. Mereka mudah bergaul dengan orang ramai dikenali serta menjadi perhatian.

Justeru golongan ini kurang tertekan dan disukai ramai. Namun kelemahannya ialah mereka kadang-kala dilihat mengambil mudah perkara penting, tidak dapat menjalankan sesuatu dalam tempoh masa ditetapkan dan tidak suka berada dalam keadaan tertekan. Namun golongan ini ramai kawan dan ramai pengikutnya, yang selesa dengan perwatakan dirinya.

Rata-rata, individu dengan personaliti jenis A selalu ‘tidak sekepala’ ketika bekerja dengan individu personaliti jenis B. Namun, dalam hubungan peribadi mereka boleh menjadi pasangan bahagia. ‘Yang bertentangan itu menarik’ mungkin benar dalam situasi seharian tetapi tidak dalam persekitaran bekerja.

Kesedaran untuk mengenali diri ini tidak dibatasi geografi, etnik mahupun budaya. Walau di mana kita berada, di Barat atau Timur, dunia mengenali diri diibaratkan satu ‘keperluan asas’ individu moden yang terbuka, ingin maju dan dahagakan perubahan diri. Hal ini jelas di United Kingdom (UK) yang mana boleh dikatakan semua pelajar di universitinya didedahkan dengan pengetahuan mengenai personaliti diri dan kaitannya dengan kehidupan.

Mengenali diri membolehkan kita kenal orang lain seterusnya belajar menghormati dan mengadaptasi diri dan juga orang di persekitaran supaya dapat membentuk komuniti yang memahami. Komuniti harmoni dapat dibentuk hasil persefahaman yang bermula dengan mengenali diri masing-masing.

Penulis ialah pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) yang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah dalam bidang kewartawanan di Nottingham Trent University, United Kingdom.




kuda KUDA

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Top Clicks

  • None